Pernahkah anda melihat seseorang berkongsi di media sosial bahawa mereka sedang bertanding di luar negara membawa nama Malaysia, tetapi apabila disemak, nama mereka tiada dalam senarai rasmi Majlis Sukan Negara (MSN)?
Jalur Gemilang~

Perbezaan Status: Atlet Rasmi vs Peserta Sukarela

Kenapa Proses Pemilihan Berperingkat Itu Penting?
-
- Peringkat Akar Umbi & Tempatan: Bermula dari kejohanan sekolah, daerah, dan negeri (seperti SUKMA).
- Kriteria Kelayakan minimum (Khad Penanda Aras): Atlet perlu melepasi had masa, jarak, atau mata yang ditetapkan oleh badan dunia untuk melayakkan diri.
- Pemilihan Telus: Hanya yang terbaik daripada yang terbaik (biasanya ranking Top 1 hingga 3 negara) akan dipilih masuk ke dalam program elit kebangsaan.
Pergi Atas Nama Kelab/Persatuan, Bukan Negara
- Boleh kah bawa bendera Malaysia? Tiada halangan untuk menunjukkan patriotisme, tetapi secara rasmi, nama anda dalam lembaran keputusan (result sheet) akan dipaparkan di bawah nama kelab atau status individu (unattached), bukannya kontingen rasmi Malaysia.
- Adakah ia satu pencapaian? Ya, ia tetap satu pencapaian yang membanggakan untuk profil peribadi dan kelab anda! Menang di luar negara tetap memerlukan usaha yang keras. Namun, kita perlu jujur dengan label yang digunakan.
Kesimpulan: Hormati Jersi Keramat ‘Malaysia’
Demi Malaysia~

Demi menjaga keharmonian dalam kalangan komuniti sukan dan menghormati status atlet kebangsaan yang lain, Persatuan Street Workout & Calisthencs Johor Bahru (Johor Calisthenics) menetapkan garis panduan agar wakil persatuan tidak mempromosikan diri sebagai ‘Atlet Malaysia’ apabila bertanding di luar negara. Sebagai persatuan yang sah di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia, kami ingin memperbetulkan persepsi; kehadiran mereka di sana adalah sebagai wakil rasmi persatuan yang ditaja dan dipilih. Kami bangga membawa nama Johor Bahru atau Johor dan bendera Malaysia, namun status sebagai wakil persatuan tetap menjadi keutamaan demi mengelakkan kekeliruan.
