Impak Global & Publisiti Digital Cetus Kejayaan Johor Bar Battles 2026
JOHOR BAHRU, 15 September 2026 – Penganjuran kejohanan sukan ekstrem berimpak tinggi, Johor Bar Battles: Asia Calisthenics Championship 2026 (ACC 2026), yang berlangsung di Taman Kalistenik, Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru pada 5 September lalu, telah melabuhkan tirainya dengan kejayaan yang amat membanggakan. Dianjurkan oleh Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru dengan kerjasama strategik Kerajaan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Media Digital Johor, dan Tourism Johor, kejohanan bertaraf antarabangsa ini mendapat pengiktirafan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS Malaysia) serta badan induk dunia, World Calisthenics Organisation (WCO). Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform persaingan atlet elit, malah berfungsi sebagai ejen promosi yang efektif dalam merancakkan kempen Tahun Melawat Johor 2026 (Visit Johor 2026) menerusi sektor pelancongan sukan (sports tourism).
Lonjakan Publisiti Digital: Nilai Tontonan Mencecah 2.6 Juta Impak
Salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) paling cemerlang bagi edisi kali ini adalah impak publisiti digitalnya. Menerusi strategi publisiti digital komprehensif dan kolaborasi hantaran video aksi peserta bersama pihak WCO di platform Instagram, kejohanan ini berjaya meraih 2.6 juta jumlah tontonan (views) secara organik.






























Sambutan Menggalakkan Daripada 11 Buah Negara Asia














Data Maklum Balas Pengunjung & Komen Positif Tertinggi
- Peningkatan Imej Sukan Negara: Sebanyak 90.1% responden bersetuju bahawa acara bertaraf antarabangsa ini berjaya menaikkan imej sukan kalistenik di Malaysia (Purata Penarafan: 4.84 / 5.00).
- Minat Berkunjung Semula: Sebanyak 86% responden menyatakan kejohanan ini menarik minat mereka untuk melawat Negeri Johor lagi pada masa hadapan (Purata Penarafan: 4.79 / 5.00).
- Sokongan Hab Pelancongan Sukan: Majoriti mutlak sebanyak 92.6% responden menyokong penuh hasrat agar Johor dijadikan sebagai Hub Pelancongan Sukan (Sports Tourism) serantau (Purata Penarafan: 4.86 / 5.00).
- Kepuasan Pengurusan Keseluruhan: Sebanyak 86.8% responden menyatakan rasa amat berpuas hati dengan kualiti pengurusan serta pengisian sepanjang program berlangsung (Purata Penarafan: 4.79 / 5.00).
Prospek Masa Hadapan dan Kesinambungan Strategik