Satu sorotan komprehensif prestasi tahun demi tahun Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru (D-JHR-08680). Memaparkan data aktiviti rasmi, jalinan strategik agensi kerajaan, hinggalah kejayaan menganjurkan kejohanan antarabangsa terbesar di Asia.
Pengenalan
Sejak berdaftar secara rasmi di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS), Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru tidak pernah menoleh ke belakang. Kami komited membudayakan sukan berat badan (bodyweight exercise) bermula daripada program pembangunan akar umbi di sekolah sehinggalah membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa.

Berikut adalah rekod prestasi dan kalendar impak aktiviti kami mengikut garis masa tahunan:
Garis Masa Perkembangan Aktiviti & Prestasi
Tahun 2018-2019 : Fasa Permulaan & Komuniti Komersial
- 10 November 2018: Komuniti ini mula diasaskan secara rasmi di bawah nama Johor Calisthenics Community (JCC). Fokus awal adalah memperkenalkan senaman berat badan (bodyweight exercise) di peringkat akar umbi dan awam.
- Hubungan Antarabangsa Terawal (November 2018): Mula membina portfolio dengan inisiatif lawatan pembiayaan sendiri (self-funded) ke Jakarta, Indonesia bersama Indonesian Calisthenics Association dan Baramora Fitness Academy untuk menonjolkan atlet freestyle tempatan.

- Strategi Satu Tahun Pertama: Bergerak aktif sekitar setahun menggunakan dana sendiri untuk penjenamaan, pengedaran baju komuniti percuma, dokumentasi media sosial, serta pengukuhan portfolio bagi menarik kerjasama agensi kerajaan dan NGO.
Tahun 2020: Fasa Pangkalan & Pengukuhan Portfolio
- Impak Pemimpin Negeri: Memperkenalkan portfolio sukan melalui persembahan serta taklimat calisthenics terus kepada YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi (Exco Pelancongan dan Sukan Johor ketika itu) di Johor International Youth HUB.
- Kolaborasi Antarabangsa Sulung: Menjalin kerjasama digital pertama bersama Baramora Fitness Jakarta, Indonesia menerusi penganjuran cabaran kekuatan fizikal atas talian 11.11 & 12.12 Static Challenge bagi mempromosikan komuniti calisthenics negeri Johor.
Tahun 2021: Era Digital & Pengiktirafan Istana Johor
- Kehormatan Di Hadapan TMJ: Mengendalikan persembahan gimnastik khas sewaktu lintas masuk Tunku Mahkota Johor bersempena Perasmian Festival Orang Muda Johor (OMJ21).
- Kelahiran JBCC: Menganjurkan Johor Bahru Calisthenics Competition (JBCC) Vol. 1 yang ditaja sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
- Sesi Komuniti Mingguan: Memulakan kelas Glow Tabata, HIIT, dan Combat Boxing secara percuma di TMIYC Hutan Bandar untuk masyarakat awam.
Tahun 2022: Kelestarian Dana Kerajaan & Pendidikan Sekolah
- Suntikan Dana KBS & KKM: Berjaya memperoleh kepercayaan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menguruskan dana kursus kejurulatihan (Johor Calisthenics Course Vol. 1) dan program Jelajah Jom Peluh di sekolah menengah dan taman awam.

- Latihan Antarabangsa: Menghantar delegasi persatuan ke Lumphini Park, Bangkok, Thailand untuk program pendedahan sukan di peringkat global.

Tahun 2023: Pembiayaan Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) & Kejohanan 5 Negara
- Penganjuran Skala Besar: Memperoleh dana di bawah Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) untuk mengelola Calisthenics Carnival Vol. 1. Acara mega ini berjaya menarik penyertaan dari 5 negara serantau iaitu Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, dan Vietnam.
- Geran Padanan Sukan (GPS): Menganjurkan Extreme Carnival di TMIYC JB untuk memimpin generasi muda dan pelajar IPTA dalam sukan ekstrem.
Tahun 2024: Agenda Nasional & Penguasaan Pentas Asia

- Kolaborasi ANMS & Sekolah: Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi menggerakkan Jelajah Senam Sihat Sekolah di 6 buah sekolah menengah sekitar Johor Bahru bagi memupuk kesedaran kesihatan peringkat akar umbi.
- Kejayaan Podium Antarabangsa: Mengharumkan nama Johor dengan meraih Tempat Pertama & Kedua di Indonesia Fitness Festival (Jakarta) serta Tempat Kedua di Obsidian Calisthenics Competition (Bali).

Tahun 2025: Kelulusan Dana Sukses & Sokongan Geran Khas MB

- Hab Kecergasan TMIYC: Memperluas program kecergasan berterusan menerusi kelulusan Dana Sukan Komuniti (DSK) untuk Clinic JB Fit dan JB Fit Mega.
- Outright Grant Pejabat Menteri Besar Johor: Memperoleh kepercayaan penuh dana geran khas daripada Pejabat Menteri Besar Johor untuk menaja kos penghantaran atlet elit ke Ashura Calisthenics Battle (Vietnam) dan Indonesia Calisthenics Championship (Jakarta).

Tahun 2026: Kemuncak Sejarah Kejohanan Terbesar Asia di Johor
- Tuan Rumah Impak Global (September 2026): Persatuan melakar sejarah terbesar negara dengan menganjurkan Johor Bar Battles: Asia Calisthenics Championship 2026 bertempat di Calisthenics Park, TMIYC Johor Bahru dengan kerjasama erat dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru serta Pejabat Menteri Besar Johor.
- Penyertaan Gergasi 11 Buah Negara: Menghimpunkan atlet-atlet gravity-defying elit dari 11 buah negara Asia (termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand, India, China, Hong Kong, Taiwan, dan Jepun) bagi merebut takhta juara.
- Sokongan Padu & Pengiktirafan: Acara berprestij bertaraf profesional ini dijalankan dengan kolaborasi bersama World Calisthenics Organization (WCO), serta disokong penuh oleh Tourism Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), dan Media Digital Johor.
- Merancakkan Sports Tourism: Menawarkan jumlah hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM6,900 secara kemasukan percuma, sekali gus meletakkan Johor Bahru sebagai hab utama sukan calisthenics di Asia Tenggara.
Ringkasan Impak Prestasi Persatuan
- Pengiktirafan Struktur Kewangan Teguh: Berjaya mengekalkan kelangsungan program melalui 4 dana utama kerajaan: KWASN, Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Sukan Komuniti (DSK), Geran Promosi Kesihatan (Agenda Nasional Malaysia Sihat) ANMS dan Outright Grant Pejabat Menteri Besar Johor.
- Rangkaian Strategik 3 Peringkat: Membina hubungan erat yang dipercayai oleh agensi Persekutuan (KBS, KKM), agensi Negeri (Pejabat MB, JBSN, JPNJ, Tourism Johor), serta Pihak Berkuasa Tempatan (MBJB).
- Pembangunan Bakat Berterusan: Berjaya melahirkan ekosistem atlet dari peringkat sekolah menengah, komuniti mingguan TMIYC, sehinggalah melahirkan juri dan atlet bertaraf podium Asia.