Bersenam DALAM Bas! Biar Betul?!
Korang yang selalu naik bas sekitar JB tu, jangan terkejut kalau nampak bas bertukar jadi ‘gim mini’ hujung minggu ni!
Jom join Cabaran Muafakat Fit-Stop! Kita buat senaman berat badan (calisthenics) yang simple tapi gempak guna kemudahan dan struktur fizikal yang ada dalam Bas Muafakat Johor sahaja!
Calisthenics di mana-mana! Sambil tunggu bas, sambil kita bakar kalori!
Hadiah paling best? Sesiapa yang berjaya lengkapkan 6 stesen litar senaman ringkas ni akan dapat Cenderamata Eksklusif Muafakat Fit-Stop!

Gimnasium Mini di Dalam Bas Anda: Sihat & Cergas Tanpa Had Masa!
Selamat datang ke Program Muafakat Fit-Stop, sebuah inisiatif inovatif yang dibawakan khas oleh Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru dengan kerjasama strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (Kementerian Kesihatan Malaysia – KKM).
Kami membuktikan bahawa kekangan ruang dan masa bukan lagi alasan untuk tidak aktif!
Apa itu Program Muafakat Fit-Stop?
Kami membudayakan senaman Calisthenics—bentuk senaman asas terawal sejak zaman Rom Purba (berasal dari perkataan Yunani: Kalos untuk Keindahan & Sthenos untuk Kekuatan). Tanpa peralatan canggih atau bebanan luar, program ini memanfaatkan sepenuhnya berat badan sendiri (bodyweight training) untuk membina kekuatan fizikal anda secara sifar kos.
Kenapa Program Muafakat Fit-Stop Unik?
- Transformasi Ruang Awam: Struktur fizikal seperti tiang besi, pemegang kerusi, palang tangan, dan anak tangga di dalam Bas Muafakat Johor ditransformasikan secara kreatif menjadi “litar gimnasium mini” tanpa kos pengubahsuaian yang tinggi.
- Progresif & Selamat: Konsep modular kami memastikan litar senaman ini selamat untuk semua lapisan masyarakat. Bermula daripada push-up asas untuk golongan pemula, sehinggalah ke pergerakan progresif (incline/decline push-up) untuk peminat kecergasan.
- Mudah & Fleksibel: Mengubah rutin harian pasif komuter awam dengan senaman ringkas, pantas, dan menghiburkan sejurus sebelum menaiki bas harian.
Bagaimana cara untuk menyertai & mendapatkan cenderamata?
- Daftar & Jalani Saringan Kesihatan Komprehensif (Percuma): Kunjungi Khemah Saringan Kesihatan JKN Johor di luar bas. Saringan ini terbuka kepada semua orang awam (termasuk yang tidak menyertai cabaran fizikal). Peserta cabaran akan diberikan Kad Litar fizikal selepas pendaftaran.
- Masuk ke dalam bas pegun mengikut giliran dan lengkapkan cabaran senaman di 6 stesen litar kecergasan yang dipantau oleh krew teknikal bertauliah.
- Dapatkan cap pengesahan rasmi pada setiap stesen untuk menebus Cenderamata Eksklusif Program di kaunter hadiah utama!
Khemah Saringan Kesihatan JKN Johor: Jom Semak Status Kesihatan Anda!
Melalui kerjasama strategik bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor, sebuah khemah khas disediakan di luar perkarangan bas untuk memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan secara percuma sepenuhnya.
Program saringan ini bukan sahaja wajib untuk peserta cabaran kecergasan, malah dibuka khas kepada seluruh orang awam yang ingin mengenal pasti status kesihatan kendiri dan mengesan risiko penyakit peringkat awal.
Terdapat 7 komponen utama dalam ujian saringan kesihatan yang dilaksanakan:
- Pengukuran Indeks Jisim Tubuh (IJT) / BMI : Menilai status berat badan sama ada kurang, normal, berlebihan, atau obesiti.
- Pengukuran Tekanan Darah :Mengesan tanda-tanda awal penyakit hipertensi (darah tinggi).
- Pengukuran Gula Dalam Darah :Menyaring tahap glukosa untuk mengesan risiko diabetes (kencing manis).
- Pengukuran Kolesterol Dalam Darah : Menguji tahap lemak dalam darah bagi mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Penilaian Status Merokok : Khidmat nasihat dan penilaian kesan tembakau serta bantuan berhenti merokok.
- Penilaian Kesihatan Mental : Saringan minda sihat untuk mengukur tahap stres, keresahan, atau kemurungan.
- Penilaian Pengambilan Alkohol : Kaunseling dan saringan gaya hidup berkaitan pengambilan alkohol secara berlebihan.
Cabaran ini menggunakan konsep litar sehala (one-way circuit) di dalam sebuah bas yang sedang pegun (tidak bergerak).
Peserta akan masuk melalui pintu hadapan dan menamatkan cabaran di pintu belakang.
Setiap stesen ditetapkan jenis senaman dan jumlah repetisi seperti berikut:
- Stesen 1: Tangga Masuk (Pintu Hadapan)
- Senaman : Step-Up & Knee Drive (15 kali setiap kaki).
- Fungsi: Menguji kekuatan otot kaki dan stamina awal.
- Stesen 2: Barisan Kerusi Hadapan
- Senaman: Australian Pull-Ups / Inverted Row (10 kali).
- Fungsi: Menguji kekuatan otot belakang (back) dan lengan dengan memegang bingkai besi kiri dan kanan kerusi (alas getah disediakan di lantai).
- Stesen 3: Tiang Tengah Bas
- Senaman: Hanging Leg Raises (10 kali).
- Fungsi: Peserta bergantung pada palang atas (handrail) dan mengangkat kaki untuk menguji kekuatan otot teras (core).
- Stesen 4: Lorong Tengah Bas
- Senaman: Incline Decline Push-Ups (12 kali).
- Fungsi: Menguji kekuatan dada dan lengan menggunakan aras ketinggian kerusi atau lantai bas.
- Stesen 5: Ruang Kosong Belakang
- Senaman: Air Squats (20 kali).
- Fungsi: Senaman peha bawah (lower body) dengan kedalaman penuh tanpa memegang sebarang sokongan.
- Stesen 6: Tangga Keluar (Pintu Belakang)
- Senaman: Calf Raise Pulse (20 kali) + Lompat Keluar.
- Fungsi: Kemuncak cabaran untuk otot betis sebelum melangkah keluar dari bas secara rasmi.
*Bentuk dan jenis senaman mungkin berubah mengikut kesesuaian individu dan keadaan semasa serta kondisi susunan dalam bas sebenar
Aliran Penyertaan, Sistem Pemarkahan & Ganjaran
- Saringan & Pendaftaran: Sebelum memasuki bas, setiap peserta wajib mengisi borang pelepasan liabiliti ringkas dan menjalani saringan kesihatan asas (tekanan darah/nadi) yang dikendalikan oleh wakil KKM untuk mendapatkan sekeping Kad Litar fizikal.
- Pengesahan Stesen: Krew teknikal yang bertugas di dalam bas akan memantau kualiti pergerakan (form) peserta. Setiap kali peserta berjaya menamatkan senaman di sesuatu stesen dengan betul, krew stesen tersebut akan memberikan cap rasmi pada Kad Litar.
- Penebusan Cenderamata: Peserta yang berjaya mengumpul kesemua 6 cap pengesahan stesen boleh membawa Kad Litar tersebut ke Kaunter Hadiah utama di luar bas untuk menebus Cenderamata Eksklusif Muafakat Fit-Stop.

Objektif
5.1 Membudayakan Gaya Hidup Aktif & Kesihatan Awam
- Meningkatkan Kesedaran Fizikal: Mengedukasi sekurang-kurangnya 80% daripada peserta tentang konsep senaman calisthenics sebagai alternatif senaman sifar kos yang boleh diamalkan di mana-mana sahaja.
- Intervensi Kesihatan Komuniti: Menyediakan platform saringan dan aktiviti kecergasan santai yang menyasarkan penyertaan minimum 500 orang awam secara keseluruhan merangkumi enam (6) lokasi siri jelajah.
- Sinergi Agenda Negara: Menyokong penuh pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di peringkat negeri Johor melalui integrasi aktiviti fizikal dalam ekosistem pengangkutan awam.
5.2 Memperkasa Penjenamaan Korporat & Kesedaran Jenama (Brand Awareness)
- Penjenamaan Interaktif: Mengukuhkan posisi jenama Bas Muafakat Johor sebagai penyedia pengangkutan awam yang moden, progresif, dan prihatin terhadap kesejahteraan komuniti di Johor Bahru.
- Impak Pemasaran Digital: Mencapai sasaran interaksi sekurang-kurangnya 50,000 tontonan di platform media sosial (TikTok, Instagram, Facebook) melalui perkongsian video cabaran menggunakan tanda pagar rasmi #MuafakatFitStop.
- Pangkalan Data Pelanggan: Mengumpul maklumat data pendaftaran digital baharu daripada para peserta untuk tujuan analisis profil pengguna bas dan pemasaran masa hadapan.
5.3 Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam
- Promosi Kemudahan Percuma: Memanfaatkan penglibatan peserta dalam cabaran ini untuk mempromosikan kelebihan perkhidmatan bas yang sedia percuma sepenuhnya kepada orang awam bagi merangsang peningkatan jumlah penumpang (ridership).
- Peralihan Mod Pengangkutan: Mendorong sekurang-kurangnya 20% daripada peserta baharu (yang jarang menaiki bas) untuk mula mencuba dan memanfaatkan kemudahan rangkaian Bas Muafakat Johor sebagai mod pengangkutan harian utama mereka.

Butiran Siri Jelajah
- Minggu 1 (Hub Pengangkutan): JB Sentral & Larkin Sentral
- Minggu 2 (Pusat Beli-Belah): KSL City Mall & Toppen Mall
- Minggu 3 (Komuniti Setempat): Taman Universiti & Johor Jaya*Lokasi mungkin berubah mengikut perubahan perancangan semasa