Akan datang 1 November 2025!
Karnival Sukan Ekstrem di TMIYC Johor Bahru yang dibawakan khas oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru bersempena Hari Sukan Negera melibatkan 3 jenis sukan ekstreme iaitu Calisthenics, Wall Climbing dan Skate Boarding. Pelbagai pertandingan yang berbeza disiplin dan kaedah dipertandingkan mengikut jenis sukan ekstrem.
Jom Sertai pertandingan bagi Calisthenics yang diuruskan oleh Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru! 3 kategori pertandingan calisthenics dipertandingkan iaitu:
-
Static Freestyle Open (STATIC)
Pertandingan adalah secara individu dan terbuka kepada penggiat sukan calisthenics yang mahir dalam pergerakan bebas (Freestyle) dengan hanya menggunakan elemen statik dalam persembahan. Kreativiti (creativity) dan kekuatan (strength) dalam gabungan persembahan menjadi keutamaan dalam pemarkahan.
-
Dynamic Freestyle Junior (DYNAMIC)
Pertandingan adalah secara individu dan terhad kepada pemula (beginner) berumur bawah 25 tahun. Merupakan penggiat sukan calisthenics yang berkebolehan dalam pergerakan bebas (Freestyle) dengan hanya menggunakan elemen dinamik dalam persembahan. Peserta mestilah tidak pernah memenangi kedudukan bagi tempat pertama hingga ke tiga bagi mana-mana pertandingan calisthenics freestyle serta baru aktif dalam calisthenics kurang dari 2 tahun. Kreativiti (creativity) dan kekuatan (strength) dalam gabungan persembahan menjadi keutamaan dalam pemarkahan. Peserta yang melanggar kelayakan di atas akan secara automatik terbatal penyertaannya. Tertakluk kepada budi bicara juri dan keputusan pengelola program.
-
Set & Reps Junior (SET)
Pertandingan adalah secara individu dan terhad kepada peserta berumur bawah 25 tahun. Merupakan penggiat sukan calisthenics yang berkebolehan dalam senaman calisthenics melibatkan repetisi dan set dalam senaman.
Peserta yang melanggar kelayakan di atas akan secara automatik terbatal penyertaannya. Tertakluk kepada budi bicara juri dan keputusan pengelola program.
Corak Pertandingan : Pertandingan akan melibatkan 5 stesen senaman. Setiap stesen akan mempunyai 2 jenis senaman (pilihan) dengan nilai mata yang berbeza dan batas masa (40 Saat) ditetapkan untuk setiap stesen. Masa rehat yang diberikan adalah 20 Saat sebelum bertukar ke stesen yang seterusnya. Peserta bebas memilih jenis senaman mengikut keupayaan diri. Setiap peserta wajib menyelesaikan senaman di semua stesen yang diberikan. Pemenang akan dipilih berdasarkan nilai mata terkumpul yang tertinggi.
Stesen 1
- Pull Ups ( 2 point )
- Australian Pull Ups ( 1 point )
Stesen 2
- Dips ( 2 point )
- Bench Dips ( 1 point )
Stesen 3
- Decline Push Ups ( 2 point )
- Normal Push Ups ( 1 point )
Stesen 4
- Hanging Leg Raise ( 2 point )
- Crunch ( 1 point )
Stesen 5
- Jump Box ( 2 point )
- Squat ( 1 point )

Yuran Penyertaan RM30 dikenakan bagi setiap kategori pendaftaran. Peserta akan menerima baju HSN Calisthenics dengan setiap pendaftaran (Saiz terhad kepada stok semasa). Sistem pendaftaran akan terus ke pembayaran melalui FPX. Kesemua kategori adalah melibatkan penyertaan secara individu.

Note :
- Sila masukkan kod kategori pertandingan di ruangan ‘Company’ bagi memudahkan pengasingan kategori setiap peserta.
- Sila nyatakan size baju di ruangan ‘Message (if any)”. Jika tiada sebarang saiz dinyatakan, saiz baju akan diberikan secara rawak.
Antara Pertandingan lain yang akan diadakan bersempena Karnival Sukan Ekstrem TMIYC 2025

Jika anda berminat dengan Bouldering Competition atau Skateboard Competition, sila ke pautan di bawah
https://www.instagram.com/hikers.climber/reels/
https://www.instagram.com/skateselatan/