Merupakan salah satu program perkembangan atlet untuk diberi pengalaman dan pendedahan bertanding diluar negara. Sokongan terhadap pertandingan luar ini juga mampu mengeratkan hubungan antara Indonesia dan Malaysia dan ianya akan memberi kesan kepada penyertaan atlet calisthenics dari Indonesia kelak jika pertandingan diadakan oleh pihak persatuan.
Hubungan ini bukan sahaja dijalinkan sewaktu pertandingan, tetapi melalui perjalanan serta pergerakan atlet sepanjang di Indonesia. Semoga wakil atlet dari Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru mampu mengambil seberapa banyak ilmu dan pengalaman sepanjang 5 hari di Jakarta, Indonesia.