Bersenam DALAM Bas! Biar Betul?!

Secara dasarnya, calisthenics merupakan bentuk senaman asas terawal dalam dunia olahraga yang berakar umbi sejak zaman Rom Purba. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani kuno, iaitu “Kalos” (keindahan/seni) dan “Sthenos” (kekuatan). Pada zaman dahulu, aktiviti membina kekuatan fizikal dilakukan tanpa bantuan peralatan canggih atau bebanan luar, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada penggunaan berat badan sendiri (bodyweight training) sebagai rintangan utama. Senaman ikonik seperti push-up, pull-up, dan squat adalah antara contoh manifestasi latihan ini yang kekal relevan diamalkan oleh semua golongan sehingga ke hari ini.
Keunggulan utama sukan calisthenics terletak pada konsepnya yang sangat ekonomik dan fleksibel, di mana ia meminimumkan kebergantungan kepada fasiliti gimnasium yang mahal. Sukan ini secara tradisinya hanya memanfaatkan infrastruktur sedia ada di persekitaran awam, seperti palang di taman rekreasi atau taman permainan. Ciri kepelbagaian (versatility) inilah yang menjadikan calisthenics paling ideal untuk diadaptasikan di dalam ruang pengangkutan awam melalui Program Fit-Stop Bus.my. Struktur fizikal di dalam bas; seperti pemegang kerusi, tiang besi, palang tangan, dan anak tangga bakal ditransformasikan secara kreatif menjadi sebuah “litar gimnasium mini” tanpa memerlukan sebarang kos pengubahsuaian alatan yang besar.
Sukan ini juga mementingkan evolusi kaedah kecergasan yang progresif. Sebagai contoh, apabila seseorang individu telah menguasai tahap kekuatan asas menerusi senaman push-up biasa, mereka boleh meningkatkan aras kesukaran kepada pergerakan yang lebih kompleks seperti incline/decline push-up. Pendekatan modular dan berperingkat ini memastikan bahawa program Fit-Stop Bus.my selamat untuk dicuba oleh segenap lapisan masyarakat awam; daripada golongan pemula yang jarang bersenam, sehinggalah kepada peminat kecergasan yang ingin menguji had kekuatan mereka.
Melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengenalan calisthenics di dalam platform pengangkutan awam ini membuktikan bahawa kekangan ruang dan masa bukanlah penghalang untuk kekal aktif. Dengan membudayakan senaman ringkas yang pantas, menghiburkan, dan sifar kos ini, Program Fit-Stop Bus.my berhasrat untuk menyuntik anjakan paradigma baharu dalam minda masyarakat: bahawa gaya hidup sihat boleh bermula di mana-mana sahaja, termasuklah sejurus sebelum mereka menaiki bas harian.
Bagaimana nak tebus ganjaran?
- Daftar & buat saringan kesihatan asas percuma bersama KKM di kaunter.
- Masuk bas & lengkapkan senaman di 6 stesen.
- Dapatkan cap penuh pada Kad Litar & tebus pas percuma korang!
Cabaran ini menggunakan konsep litar sehala (one-way circuit) di dalam sebuah bas yang sedang pegun (tidak bergerak).
- Stesen 1: Tangga Masuk (Pintu Hadapan)
- Senaman : Step-Up & Knee Drive (15 kali setiap kaki).
- Fungsi: Menguji kekuatan otot kaki dan stamina awal.
- Stesen 2: Barisan Kerusi Hadapan
- Senaman: Australian Pull-Ups / Inverted Row (10 kali).
- Fungsi: Menguji kekuatan otot belakang (back) dan lengan dengan memegang bingkai besi kiri dan kanan kerusi (alas getah disediakan di lantai).
- Stesen 3: Tiang Tengah Bas
- Senaman: Hanging Leg Raises (10 kali).
- Fungsi: Peserta bergantung pada palang atas (handrail) dan mengangkat kaki untuk menguji kekuatan otot teras (core).
- Stesen 4: Lorong Tengah Bas
- Senaman: Incline Decline Push-Ups (12 kali).
- Fungsi: Menguji kekuatan dada dan lengan menggunakan aras ketinggian kerusi atau lantai bas.
- Stesen 5: Ruang Kosong Belakang
- Senaman: Air Squats (20 kali).
- Fungsi: Senaman peha bawah (lower body) dengan kedalaman penuh tanpa memegang sebarang sokongan.
- Stesen 6: Tangga Keluar (Pintu Belakang)
- Senaman: Calf Raise Pulse (20 kali) + Lompat Keluar.
- Fungsi: Kemuncak cabaran untuk otot betis sebelum melangkah keluar dari bas secara rasmi.
Aliran Penyertaan, Sistem Pemarkahan & Ganjaran
- Saringan & Pendaftaran: Sebelum memasuki bas, setiap peserta wajib mengisi borang pelepasan liabiliti ringkas dan menjalani saringan kesihatan asas (tekanan darah/nadi) yang dikendalikan oleh wakil KKM.
- Kad Litar (Scorecard): Peserta akan diberikan sekeping Kad Litar fizikal.
- Pengesahan Stesen: Krew yang bertugas di dalam bas akan memantau kualiti pergerakan (form) peserta. Setiap kali peserta berjaya menamatkan senaman di sesuatu stesen dengan betul, krew stesen tersebut akan cap rasmi pada Kad Litar.
- Penebusan Ganjaran: Peserta yang berjaya mengumpul kesemua 6 cap pengesahan stesen akan membawa Kad Litar tersebut ke Kaunter Hadiah utama di luar bas untuk menebus Pas Perjalanan Percuma 2 Bulan daripada Bus.my.

Objektif
5.1 Membudayakan Gaya Hidup Aktif & Kesihatan Awam
- Meningkatkan Kesedaran Fizikal: Mengedukasi sekurang-kurangnya 80% daripada peserta tentang konsep senaman calisthenics sebagai alternatif senaman sifar kos yang boleh diamalkan di mana-mana sahaja.
- Intervensi Kesihatan Komuniti: Menyediakan platform saringan dan aktiviti kecergasan santai yang menyasarkan penyertaan minimum 500 orang awam secara keseluruhan merangkumi keenam-enam (6) lokasi siri jelajah.
- Sinergi Agenda Negara: Menyokong penuh pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di peringkat negeri Johor melalui integrasi aktiviti fizikal dalam ekosistem pengangkutan awam.
5.2 Memperkasa Penjenamaan Korporat & Kesedaran Jenama (Brand Awareness)
- Penjenamaan Interaktif: Mengukuhkan posisi jenama Bus.my sebagai penyedia pengangkutan awam yang moden, progresif, dan prihatin terhadap kesejahteraan komuniti di Johor Bahru.
- Impak Pemasaran Digital: Mencapai sasaran tontonan dan interaksi (engagement) sekurang-kurangnya 50,000 tontonan di platform media sosial (TikTok, Instagram, Facebook) melalui perkongsian video cabaran menggunakan tanda pagar rasmi #FitStopBusMY.
- Pangkalan Data Pelanggan: Mengumpul maklumat data pendaftaran digital baharu daripada para peserta untuk tujuan pemasaran masa hadapan dan analisis profil pengguna bas.
5.3 Menggalakkan Penggunaan Pengangkutan Awam
- Pemberian Insentif Strategik: Mengedarkan pas perjalanan percuma 2 bulan kepada semua peserta yang berjaya bagi merangsang peningkatan jumlah penumpang (ridership) pasca-program.
- Peralihan Mod Pengangkutan: Mendorong sekurang-kurangnya 20% daripada peserta baharu (yang jarang menaiki bas) untuk mula mencuba dan memanfaatkan kemudahan rangkaian Bus.my sebagai mod pengangkutan harian utama mereka.
Butiran Siri Jelajah
- Minggu 1 (Hub Pengangkutan): JB Sentral & Larkin Sentral
- Minggu 2 (Pusat Beli-Belah): KSL City Mall & Toppen Mall
- Minggu 3 (Komuniti Setempat): Taman Universiti & Johor Jaya