JOHOR CALISTHENICS X BARSTARD BANDUNG
Johor Calisthenics kini secara rasmi menyertai program “BARS WITHOUT BORDERS” di Bandung, Indonesia!
Kami amat berbesar hati dan teruja atas pelawaan serta sambutan hangat daripada penganjur utama, BARSTARD Bandung, untuk merealisasikan sesi edukasi, perkongsian ilmu, dan latihan bersama ini.
Photo by : Barstard Media

Sukan calisthenics tidak pernah mengenal sempadan. Di mana ada bar, di situ ada keluarga. Kehadiran kami di bawah payung program BARS WITHOUT BORDERS bukan sekadar untuk berkongsi kepakaran dari Malaysia, malah untuk menimba pengalaman berharga daripada salah satu komuniti calisthenics yang paling prolifik di Indonesia.

Sesi Khas Bersama Wakil Johor Calisthenics
Bagi memeriahkan program BARS WITHOUT BORDERS, dua figura utama kami iaitu @leean_sw dan @ijalcomel_ bakal turun padang. Mereka akan membawa pengalaman mereka untuk melatih, berkongsi teknik kejurulatihan, serta bergerak bersama komuniti di Bandung.
Pengisian Utama Program
- Sesi Latihan Calisthenics: Gabungan latihan fizikal yang dinamik antara atlet Johor dan Bandung.
- Perkongsian Ilmu (Knowledge Sharing): Diskusi santai mengenai pengurusan latihan, tips kecergasan, dan pembangunan komuniti sukan.
- Freestyle Session: Ruang ekspresi pergerakan dan pertunjukan kreativiti di atas bar tanpa batas.

Program impak tinggi ini dikuasakan sepenuhnya oleh @tientoindonesia. Terima kasih atas sokongan padu dalam menyatukan komuniti sukan dua negara!
Kepada seluruh warga calisthenics di Bandung, terima kasih kerana memeriahkan Barstard Active Park dan menjayakan program BARS WITHOUT BORDERS ini. Ayuh kita terus pecahkan sempadan dan bergerak bersama!
Borderless Training. Beyond the Bars. Break the Bars. 🔥