Cetuskan Potensi Olahragawan Cilik Anda di CaliKids Games 2026!
Bersedia untuk melihat anak anda melompat, mengangkat, dan menyahut cabaran? CaliKids Games ialah pertandingan kalistenik terbaik yang direka khas untuk juara muda!
Sertai CaliKids 2026 sekarang~

Ayuh Johor!
Bersempena dengan Festival Belia Johor 2026, program ini menjadi jambatan intergenerasi yang menghubungkan komuniti belia dan kanak-kanak. Mengangkat tema “Siapa Cepat! Dia Menang!”, kami menguji ketangkasan, kekuatan, dan daya tahan mereka dalam persekitaran yang selamat serta dipandu penuh oleh ikon belia tempatan melalui 6 stesen litar calisthenics.
Kategori Pertandingan:
-
- Kategori Umur Bawah 9 Tahun
- Kategori Umur Bawah 12 Tahun
Atur Cara & Pengisian Program
Program ini dibahagikan kepada dua sesi utama untuk memastikan impak yang menyeluruh:
- CaliKids Clinic (Bermula Jam 10:00 Pagi)
Platform selamat bagi kanak-kanak untuk berinteraksi terus dengan jurulatih muda daripada komuniti belia. Sesi ini memberi fokus kepada penyampaian ilmu praktikal agar peserta mendapat teknik dan kaedah senaman yang betul, selamat, dan bersesuaian dengan fizikal kanak-kanak.
- CaliKids Games (Jam 2:00 – 4:00 Petang)
Acara kemuncak berbentuk pertandingan litar kecergasan. Peserta akan mencabar ketangkasan, kekuatan, dan daya tahan melalui stesen calisthenics yang ditetapkan. Peserta yang mencatatkan masa terpantas untuk menyelesaikan kesemua stesen dikira sebagai pemenang.
Rasional
- Memupuk Gaya Hidup Aktif Sejak Awal Usia
Statistik menunjukkan peningkatan tren isu obesiti dan gaya hidup sedentari dalam kalangan kanak-kanak. Penganjuran CaliKids Games di pentas Festival Belia Johor 2026 menjadi ejen perubahan bagi menarik minat kanak-kanak untuk kekal aktif melalui aktiviti kecergasan yang menyeronokkan dan mencabar keupayaan fizikal mereka.
- Sinergi Kalistenik: Belia sebagai Mentor, Kanak-Kanak sebagai Pelapis
Kalistenik kini menjadi salah satu trend sukan kecergasan paling popular dalam kalangan belia Johor. Melalui program ini, komuniti belia tidak hanya bertindak sebagai penganjur, malah sebagai mentor, idola, dan pencetak inspirasi (role model). Hubungan ini melahirkan rantaian sihat di mana tenaga positif dan disiplin komuniti belia disalurkan terus untuk membentuk generasi pelapis yang kental sejak bangku sekolah.
- Pembangunan Asas Fizikal yang Selamat dan Holistik
Senaman kalistenik hanya menggunakan berat badan sendiri (bodyweight training), menjadikannya antara mod latihan paling selamat untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pertandingan ini memberi fokus kepada pembentukan postur yang betul, penguatan otot teras, serta peningkatan koordinasi dan fleksibiliti yang amat penting untuk perkembangan tumbesaran yang sihat.
Struktur & Peraturan Acara
1. Format Pertandingan & Susun Atur Litar
Acara ini menggunakan format Litar Time Attack (Cabaran Masa). Peserta wajib menyelesaikan turutan enam (6) stesen senaman rasmi mengikut kronologi.
-
- Peraturan Repetisi: Peserta mesti menyelesaikan jumlah 10 repetisi yang diperlukan dengan teknik (form) yang betul sebelum berlari ke stesen seterusnya.
- Protokol Penghakiman: Juri-juri teknikal dalam kalangan atlet belia kalistenik Johor di setiap stesen hanya akan mengira repetisi yang sah (teknik yang salah akan diperbetul dan melakukan pengulangan sehingga ianya sah).

Perincian 6 Stesen Senaman Rasmi (10 Repetisi Setiap Stesen)
Stesen 1: Star Jump
-
- Bawah 9 Tahun: Dilakukan mengikut standard bentuk kanak-kanak.
- Bawah 12 Tahun: Dilakukan dengan ritma yang kemas dan pantas.
Stesen 2: Knee Raise-Ups
-
- Bawah 9 Tahun: Kedudukan gantungan badan dibantu atau ketinggian bar disesuaikan. Kawalan hayunan badan yang minimum dibenarkan.
- Bawah 12 Tahun: Gantungan penuh secara berdikari. Lutut wajib diangkat melepasi paras pinggang pada setiap rep tanpa menggunakan momentum hayunan berlebihan.
Stesen 3: Knee Push-Ups
-
- Bawah 9 Tahun: Julat pergerakan (range of motion) lebih longgar. Dada tidak semestinya menyentuh lantai, cukup sekadar siku membengkok 90 darjah.
- Bawah 12 Tahun: Teknik penuh yang ketat. Dada wajib menyentuh penanda di lantai dan tangan lurus sepenuhnya (lock out) semasa naik.
Stesen 4: Australian Pull-Ups
-
- Bawah 9 Tahun: Palang yang digunakan lebih tinggi (posisi badan lebih menegak/berdiri) supaya bebanan badan menjadi lebih ringan dan mudah ditarik.
- Bawah 12 Tahun: Palang yang digunakan lebih rendah (posisi badan lebih mendatar dengan lantai) untuk cabaran kekuatan yang lebih tinggi.
Stesen 5: Sit-Ups
-
- Bawah 9 Tahun: Tangan diletakkan di dada atau di sisi peha (lebih mudah untuk naik). Kaki akan dipegang dengan selamat oleh juri belia.
- Bawah 12 Tahun: Tangan disilang di bahu atau diletakkan di belakang telinga (tanpa menarik leher) untuk menguji kekuatan abdomen sepenuhnya.
Stesen 6: Jump Squat
-
- Bawah 9 Tahun: Lompatan kecil sahaja (asalkan kaki jelas terangkat dari lantai) sejurus selepas melakukan squat.
- Bawah 12 Tahun: Lompatan yang lebih tinggi dan berkuasa selepas melakukan squat yang dalam (paha wajib selari atau melepasi paras lantai).
Impak & Manfaat
Impak kepada Komuniti Belia Johor
-
- Wadah Kepimpinan dan Sukarelawan: Memberi peluang kepada belia (di bawah naungan JBSJ dan Menggerak Belia Madani) untuk mengasah kemahiran pengurusan acara, kejurulatihan, dan komunikasi dalam menjayakan sub-program bertaraf festival.
- Peluang Promosi Komuniti Kalistenik: Membantu persatuan atau kelab kalistenik belia tempatan memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat luar sebagai aktiviti sihat yang selamat untuk keluarga.
Impak kepada Peserta (Kanak-Kanak)
-
- Peningkatan Kecergasan Fizikal: Membina asas kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, dan fleksibiliti badan yang seimbang melalui latihan berat badan yang selamat.
- Inspirasi Semangat Pemimpin Belia: Kanak-kanak berpeluang berinteraksi, dibimbing, dan mencontohi nilai positif daripada abang-abang dan kakak-kakak belia yang menguruskan acara.
MAKLUMAN
- Pendaftaran wajib dilakukan oleh ibu bapa/penjaga sah sahaja. Pendaftaran melalui pihak ketiga adalah tidak dibenarkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit di kemudian hari.
- Sila isi maklumat peribadi anak anda dengan lengkap dan pastikan anda menggunakan alamat e-mel ibu bapa yang aktif untuk menerima slip pengesahan serta maklumat penting acara.