Pegawai Belia dan Sukan UTM Representative

Merupakan pengalaman pertama kerjasama diantara UTM Fitness bersama Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru di bawah Program Calisthenics Workout Workshop yang diadakan di TMIYC Johor Bahru.

Program yang dilaksanakan mampu memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas dan teknik latihan bodyweight exercise yang betul dan beberapa kaedah bagi perkembangan latihan senaman dalam calisthenics. Ianya juga mampu meningkatkan tahap kecergasan dan kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat kepada peserta.

Program kerjasama ini menggalakkan pembinaan komuniti aktif dan budaya kecergasan dalam kalangan pelajar UTM dan ianya merupakan platform kolaborasi dan perkongsian ilmu antaraUTM Fitness dan Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru yang lebih dikenali sebagai Johor Calisthenics Community.

Semoga program pengenalan calisthenics dari akar umbi sebegini mampu diperkembang dan diketengahkan lagi kepada remaja.

๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐€๐ฆ๐ข๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐‡๐š๐ง๐ข๐Ÿ ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐ ๐“๐š๐ก๐ข๐ซ
๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐๐ž๐ฅ๐ข๐š ๐๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š